Saturday, January 12, 2013

Koleksi Ayat Maut Seorang Perempuan

Visit & Like Facebook http://www.facebook.com/Koleksi360 for previous posting & collection.

Lawati dan LIKE http://www.facebook.com/Koleksi360 untuk lebih koleksi dan posting terdahulu.


 

Koleksi Ayat Maut Seorang Perempuan

Oleh kerana jiwanya yang halus, kerap kita mendengar keluhan-keluhan sinis yang keluar dari bibir manis seorang wanita, yang kadangkala sukar dimengerti lelaki-lelaki terutama pasangannya. Ayat-ayat penuh dengan makna yang halus. Namun, sedikit sebanyak ayat-ayat biasa ini telah pun dianalisis oleh jejaka-jejaka berotak kental dan telah membuat kesimpulan berikut..

Koleksi Ayat Maut Seorang Perempuan

(1) Ok. Fine!

Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

(2) Bagi saya 5 minit

Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

(3) Tak ada apa-apa

Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

(4) Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!

Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.

(5) Keluhan kuat

Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

(6) Tak apa lah

Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

(7) Terima kasih

Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja "sama-sama". Tetapi jika wanita berkata "terima kasih banyak-banyak ye!", itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab "sama-sama"… hehehehe

(8) Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)

(9) Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat

Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …


__,_._,___

No comments:

Post a Comment