Thursday, January 31, 2013

Air berkarbonat jejas kesihatan

Air berkarbonat jejas kesihatan

15 Jan – Pasti semua sudah sedia maklum bahawa minuman berkarbonat ini tidak baik untuk kesihatan namun masih ramai di kalangan kita yang gemar meminum minuman berkarbonat ini.

Walaupun bahan asasnya ialah air, ia mengandungi banyak gula iaitu sehingga 10 sudu teh dalam satu tin yang mempunyai kandungan sebanyak 250 milimeter.

Untuk memberi rasa, ia diberikan pelbagai perisa seperti limau, vanila, oren dan kadangkala dicampur sedikit pewarna. Kemudian gas karbon dioksida dimasukkan supaya ia berbuih. Ada juga minuman berkarbonat yang mengandungi kafein yang tidak elok untuk kesihatan.

Satu penyelidikan yang dijalankan di Akedemi Neurologi Amerika mendapati individu yang minum sekurang-kurangnya empat hidangan air manis berisiko tinggi mengalami kemurungan.

Kesan kepada kanak-kanak pula adalah ia akan membuat mereka ketagih gula.

Jadi, jika anda haus atau dahaga, minumlah air masak kerana ianya adalah minuman terbaik untuk badan dan otak anda.

Visit & Like our Facebook page http://www.facebook.com/Koleksi360 for previous posting & collection.

Lawati dan LIKE Facebook kami  http://www.facebook.com/Koleksi360 untuk lebih koleksi dan posting terdahulu.

 

No comments:

Post a Comment