Kedashyatan Pengeboman Hiroshima..Bayang-bayang Lelaki Masih Kelihatan Hingga ke Hari Ini.. Oleh: takusahrisau Pada 6 Ogos 1945 tepat jam 8.15 pagi, sebutir bom atom yang mengandungi 60 kilogram uranium-235 telah dijatuhkan di bandar Hiroshima. Bom yang dikenali ‘Little Boy’ itu hanya mengambil masa 43 saat untuk mencecah bumi Hiroshima sebelum menukarkan bandar tersebut kepada padang jarak padang terkukur.Impak daripada bom atom tersebut sukar untuk digambarkan. Menurut statistik yang dikeluarkan secara rasmi, 30% orang awam Hiroshima terkorban dan seramai 70,000 yang lain cedera parah. Sebelum Selepas Bayang-bayang Dalam tragedi tersebut, ada kisah yang lebih menyayatkan hati. Seorang yang kemungkinan besar adalah lelaki maut dalam keadaan yang cukup mengerikan. Beliau yang ketika itu menunggu bank(Sumitomo Bank) dibuka duduk di tangga yang menjadi laluan utama ke bank tersebut. Beliau langsung tidak menyedari bahawa satu tragedi yang paling dashyat dalam sejarah manusia bakal berlaku sebentar lagi. Sumitomo Bank selepas pembinaan semula Tidak lama selepas itu, bom atom milik Amerika Syarikat itu telah dijatuhkan kira-kira 8.15 pagi. Bom tersebut jatuh tidak jauh daripada beliau iaitu lebih kurang 250 meter daripada Bank Sumitomo. Kesan daripada ledakan bom atom sangat memudaratkan. Sinaran haba daripada ledakan atom boleh mencapai suhu 1000 hingga 2000 darjah celcius. Bank Sumitomo. Anak panah menunjukkan bayang-bayang lelaki tersebut ditemui Ini mengakibatkan lelaki tersebut terbakar serta-merta tanpa meninggalkan jasad. Akan tetapi, kesan bayang-bayang lelaki tersebut jelas kelihatan. Bayangkan bagaimana dashyatnya impak bom atom tersebut. Selepas 10 tahun tragedi tersebut berlalu, bayang-bayang lelaki tersebut masih boleh dilihat. Namun, ia beransur-ansur pudar kerana faktor cuaca yang hujan dan berangin. Lihat kesan bayang-bayang lelaki tersebut Disimpan di Muzium Bagi mengingati kedashyatan tragedi tersebut, kerajaan Jepun mengambil inisiatif untuk mengabadikan ‘bayang-bayang’ lelaki tersebut di sebuah tempat yang lebih terjamin iaitu di Muzium Peringatan Kedamaian Hiroshima. Sebuah bank baharu telah dibina di tapak Bank Sumitomo yang musnah pada 6 Ogos 1945. Fully kredit untuk : Kedashyatan Pengeboman Hiroshima..Bayang-bayang Lelaki Masih Kelihatan Hingga ke Hari Ini.. « Takusahrisau's Blog! __,_._,___ |
Visit & Like
No comments:
Post a Comment