Thursday, January 31, 2013

Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi SAW..

 
 

Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi SAW.. Kami Merinduimu Rasulullah,,

 

Makna perkataan: "Selawat". Perkataan selawat berasal daripada perkataan solat yang bererti doa atau pujian.

Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat. Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala. Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.

Makna selawat dari Allah Ta'ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan daripada-Nya. [Lihat kitab "Zadul Masir", 6/398].

Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik daripada Allah Ta'ala untuk mengeluarkan hamba-Nya daripada kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:

"Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman". (Surah al-Ahzab: ayat 43).


Hukum berselawat

Para ulama' telah sepakat menetapkan hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib pada keseluruhannya, tetapi mereka tidak sepakat (ijma') tentang bilakah masa wajib berselawat dan berapakah bilangannya. Antaranya:
1.  Wajib berselawat dalam masa mengerjakan solat.
2.  Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3.  Membaca Tasyahud kedua/tahiyyat akhir.
4. Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.

Arahan Membaca Selawat



Dalam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya beribadat. Sebagaimana dalam firman-Nya di atas tadi, Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Hal ini bermakna membaca selawat itu sangat utama.

Kelebihan Selawat

Dari Anas bin Malik radhiallahu 'anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak)." [HR An-Nasa'i No. 1297, Ahmad, sahih.]

Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.

Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama' mengatakan: "Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya".

Selawat Paling Afdhal

Membaca selawat untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus menjadi faktor utama untuk mencapai syafaat Nabi SAW di hari Kiamat kelak. Perintah kepada umat Islam untuk membaca selawat untuk Nabi SAW datang setelah Allah Ta'ala memberitahu bahawa Dia berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebagaimana firman-Nya:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan." (Surah al-Ahzab: ayat 56).


Ayat di atas tidak menjelaskan satu bentuk nas selawat tertentu untuk dibaca apabila seorang Muslim hendak membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Namun demikian, terdapat beberapa riwayat yang menukilkan bahawa beberapa orang sahabat Nabi saw telah bertanya Rasulullah SAW cara atau kaifiyat untuk berselawat ke atas Baginda SAW, maka diajarnya kepada mereka.

Antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 daripada Ka'ab bin 'Ujrah RA. Sahabat yang mulia ini menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau.

Baginda menjawab dengan mengatakan: "Katakanlah: (*rujuk laman web asal)

Inilah antara kaifiyat berselawat yang diajarkan Nabi SAW kepada para sahabat RA sebagai jawaban kepada pertanyaan mereka mengenai cara berselawat untuk Baginda. Maka adalah logik untuk dikatakan lafaz ini sebagai lafaz paling afdhal dalam berselawat.

Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan:

"Yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada para Sahabat RA tentang kaifiyah (dalam membaca selawat) ini setelah mereka menanyakannya, menjadi petunjuk bahawa itu adalah nas selawat yang paling utama kerana Baginda SAW tidaklah memilih bagi dirinya kecuali yang paling mulia dan paling sempurna." [Fathul Bari: 11/66].

Menurut Kitab Mestika Hadis 1/259: "Dan yang seafdhal-afdhalnya ialah selawat yang biasa dibaca selepas tasyahud akhir setiap solat. Hal ini kerana para ulama telah menetapkan bahawa sesiapa yang bersumpah atau bernazar hendak berselawat kepada Nabi Muhammad SAW dengan seafdhal-afdhal selawat, tidak dihukum terlepas daripada wajib menepati sumpah atau nazarnya itu melainkan dengan membaca selawat itu."

Maka adalah lebih baik apabila lafaz selawat ini yang diamalkan dalam membaca selawat untuk Nabi SAW, bukan lafaz-lafaz selawat susunan seseorang, meskipun bukan larangan untuk menyusun bentuk teks selawat sendiri. Selawat-selawat selain yang diajarkan oleh Nabi SAW kadang-kadang tidak terlepas daripada kekeliruan, baik dalam pemilihan bahasa, mahupun –dan ini yang paling parah– kesalahan dalam akidah.

Lafaz Selawat yang sahih

Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:

Dari hadis: [An-Nasae'i: 1292, sahih] (*Lihat web asal)

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Kemudian terdapat riwayat-riwayat yang sahih dalam lapan riwayat, iaitu:

1.   Dari Ka'ab bin 'Ujrah RA:
"Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia." [HR Bukhari dan Muslim]

2. Dari Abu Humaid As Saa'diy RA:
"Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia." [HR Bukhari dan Muslim].

3.   Dari Abi Mas'ud Al-Ansori RA:
"Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia." [HR Muslim]

4. Dari Abi Mas'ud, 'Uqbah bin 'Amr Al-Ansori RA (jalan kedua):
"Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad nabi yang ummi dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, nabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia." [HR Abu Daud no. 981, sahih]

5. Dari Abi Sa'id Al-Khudri RA:
"Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim." [HR Bukhari]

6. Dari seorang lelaki, sahabat Nabi SAW:
"Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan kepada ahli baitnya dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia." [HR Ahmad, sahih].

7. Dari Abu Hurairah RA:
"Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat dan memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia." [HR At-Tohawi dalam "Musykil al-Athar" 3/75, An Nasa-i dalam "Amalul Yaum wal Lailah" no 47. Sahih]

8. Dari Tolhah bin 'Ubaidullah RA:
"Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia." [HR Imam Ahmad, sahih].

Waktu Afdhal Berselawat

•Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
•Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
•Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
•Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
•Di akhir qunut dalam solat.
•Di dalam solat jenazah.
•Ketika masuk dan keluar dari masjid.
•Setiap waktu pagi dan petang.
•Hari Khamis malam Jumaat.
•Sepanjang hari Jumaat.
•Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.

Demikianlah perbincangan ringkas tentang lafaz selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang dapat dikumpulkan, berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih. Sebagai panduan untuk beramal dengan Sunnah dan selawat yang mempunyai kekuatan sanad yang benar dan sahih daripada Nabi SAW.

http://www.abuanasmadani.com

Visit & Like our Facebook page http://www.facebook.com/Koleksi360 for previous posting & collection.

Lawati dan LIKE Facebook kami  http://www.facebook.com/Koleksi360 untuk lebih koleksi dan posting terdahulu.

 

KERANA SEMUANYA ADALAH MUSLIM.

Visit & Like our Facebook page http://www.facebook.com/Koleksi360 for previous posting & collection.

Lawati dan LIKE Facebook kami  http://www.facebook.com/Koleksi360 untuk lebih koleksi dan posting terdahulu.


DOKTOR YANG SANGAT TERKENAL DI AMERIKA INI IALAH SEORANG MUSLIM.

naimnikmat.blogspot.


Penonton acara talk show popular Amerika, The Oprah Winfrey Show, pasti sudah tidak asing lagi dengan Doktor Oz. Seorang doktor yang kerap mengisi segmen kesihatan dalam talk show paling popular di dunia itu.

Selain di acara Oprah, Oz juga kerap mengisi sagmen Larry King Live. Sejak tahun 2009, Doktor Oz mempunyai program acara televisyen yang dihasilkan Harpo Productions berjudul The Dr Oz Show.

Namun, tahukah anda siapa sebenarnya doktor yang paling terkenal di Amerika saat ini dikenali Dr Oz atau nama lengkapnya Dr Mehmet Cengiz Oz. Dia adalah pakar bedah jantung dari Harvard University.

Dari namanya, orang boleh meneka bahawa Oz alias Mehmet mempunyai darah Turki. Ibunya bernama Suna dan berayahkan Mustafa Oz. Kedua-duanya merupakan orang yang dihormati di Turki. Ayah dan ibu Oz kemudian berhijrah ke Amerika pada 1955. Lima tahun selepas itu, lahirlah Oz.

Dalam sebuah wawancara yang disiarkan The Root, Oz mendedahkan bahawa sejak kecil dirinya didik oleh dua gaya muslim berbeza. "Saya dididik oleh ibu yang Islam sekular, Namun ayah saya sangat teguh memegang prinsip Islam," ujarnya.

Hingga kini, dia mengaku masih memeluk Islam. Oz mengatakan bahawa gaya sufi islam sangat mempengaruhi dirinya. Walaupun menjadi doktor yang paling terkenal di Amerika ketika ini, Oz tidak melupakan identitinya sebagai seorang Turki.

Oz bahkan tetap mempertahankan kewarganegaraan Turkinya bersama statusnya sebagai seorang Amerika. Dalam cintanya pada Turki, Oz rela menjadi sukarelawan di tentera Turki.

Diterjemah dari sumber globalmuslim/SUMBER

TEA

Visit & Like our Facebook page http://www.facebook.com/Koleksi360 for previous posting & collection.

Lawati dan LIKE Facebook kami  http://www.facebook.com/Koleksi360 untuk lebih koleksi dan posting terdahulu.

 

 

 

 

 

 


 

THOSE WERE THE DAYS!

 

 
THOSE WERE THE DAYS!
 
Good and fond memories.
How I wish we can rewind the clock.
Dedicated To All Those Born in 1940's, 50's , 60's, 70's
 

We had no maids. Our mothers cooked, cleaned and took care of the whole family. They still had time to chat with neighbours.

Everyone had candy floss, fizzy drinks and shaved ice with syrups of different colours - brown, red and green. Diabetes was rare and aspirin/Aspro cured all illness. 
 


We rode adult's bicycle to school, the richer ones had their own mini-bikes.
Ironically, we all had problems with our brakes, and after running into the bushes
a few times, we learned how to solve the problem.
 
 
School prefects were a fearful lot ... more fearful than the teachers. Detention class was like going to prison for a day. We had "public caning" in schools. 

 

NO ONE ever won the big prizes on "Tikam". It was a scam but it did not stop us coming back for more ice cream.



Motorbikes were ridden without helmets.
It was rare to ride in a private taxi.
Taking a bus was luxury - we either cycled or walked everywhere.
 

We drank water from the tap and NOT from bottles.
 


We spent hours in fields under the sun, playing football or flying kites, without worrying about UV rays.
 

We roamed free catching spiders and did not worry about Aedes mosquitoes.
We kept our spiders in match boxes and were ready for a spider fight anytime.

 
With just 5 pebbles, girls played endless games and the boys ran like crazy for
hours playing with balls
 

When it rained, we swam in the drains & canals to catch "ikan keli", none of us dissolved in rain.
 
We shared one bottle of soft drink with friends, NO ONE actually worried about catching anything.


We ate salty, sweet & oily foods, bread had real butter and sometimes condensed milk. We enjoyed very sweet coffee, tea, and "ice kacang" but we were not obese because.......
WE WERE OUT PLAYING ALL THE TIME!!

We left home in the morning and played all day till hunger drove us back home. When needed, our parents knew how to find us. NO ONE actually watched over
us and WE ALWAYS WERE SAFE.
 
WE DID NOT HAVE HANDPHONES BUGGING US.We rode bikes or walked over to a friend's house and just yelled for them!

We did not have Playstations, X-boxes, Nintendo's, multiple channels on cable TV, DVD movies, no surround sound, no phones, no personal computers, no Internet.

WE HAD FRIENDS and we went outside and found them!
Our TV was black and white with one channel only.

We fell off trees, got cut, broke bones and teeth and we still continued the stunts.


We did not have birthday parties till we were 21, that is when we started to take notice of girls.

In badminton, we did not change the shuttle as long as it was in flight. Regardless
of how many feathers were left in the shuttle, our game continued... but still Wong Peng Soon, Tan Aik Huang,
Tan Yee Khan and Ng Boon Bee, as well as Punch Gunalan, made us proud in badminton. Match-boxes were always "chilly" or "king kong" brand. To own a box of matches from a hotel was something great.
Regardless of whether we could afford one, we always knew Maths tuition was
$10 a month.
All parties were held in our homes.
Morris Minor and the Volkswagen beetle were on our roads...driven alongside Kingswood , Vauxhall, Opel and Chrysler. Executives of companies drove
Peugeot 504.
Japanese cars were considered "inferior". There were no traffic lights, only roundabouts.
The whole kampung came together during kenduris and all took turns to "kacau dodol". Chinese, Indians and Malays were all part of kenduris and all of us spoke Malay.
Our favourite local performer was Rose Chan and the Beatles were the most popular musical band. John Wayne's westerns were popular Sunday Cheap Matinee draws. Admission was 25 cents per person.
Malay weddings had joget sessions in the night. It was the only time when the non-Malays could ask a Malay woman for a dance.
Ketupat were NEVER plastic wrapped.
Football was played, rain or shine, barefooted in "padangs", where the thorny "Touch-Me-Nots" grew in abundance. In this game,
Santokh Singh, Soh Chin Ann and Mokhtar Dahari made us proud, we actually beat South Korea in football.

Susu lembu was delivered to our house by our big, friendly and strong "Bayi" on
his bicycle. All "jagas" were "Bayi" and no place got robbed or burgled.
The "laksa" and "putu mayam" man came peddling. The "kacang puteh" itinerant hawker balanced on his head a box with 6 compartments of different type of nuts
and murukus.
We played "gasing", made our own kites & had kite fighting with kit strings coated with powdered glass cooked in glue. We made wooden guns & used the green fruits from the cherry tree as bullets.
Kangkong was free…easily harvested by the riverside. Kembong fish was 30 cents a "kati" and nobody wanted "ikan pari" or sting ray which was considered an inferior fish.
When the Tai Thean Kew circus came to town, everybody went to see it. It was the best LIVE show I ever saw.
Usually we did not have to BUY fruits; they were self planted or given by neighbours or friends.
The idea of parents bailing us out if we broke the law was unheard of. Our parents actually sided with the law! If we were caned in school for some wrong-doing, we were sure to be caned again at home. Parents never complained about teachers to the schools. Nobody knew about child psychology !
Yet this generation has produced some of the best risk-takers, problem solvers and inventors ever!
The past 40 years have been an explosion of innovation and new ideas.


We had freedom, failure, success and responsibility, and we learned
......
HOW TO DEAL WITH THEM ALL!


And YOU are one of them!


CONGRATULATIONS!


You might want to share this with others who have had the luck to grow up in such an era.


And while you are at it, forward it to your kids so they will know how brave their parents were.


P/S: -The big font used here is because of long-sightedness or presbyopia at our age.

Today, these are the things our kids are doing:
  
Grab a cup of coffee
 
Dine out at your favourite restaurant
  
Spend some time at the museum
  
Meet at a popular diner
 
Relax at the beach
  
Go to a game
  
Going out on a date
 
Take a drive around town
This is the champ, multitasking !

Warning !   "NO"  texting while driving and walking
What the hell would they do if they lost their thumbs?
Thank God I belong to another generation !

Visit & Like our Facebook page http://www.facebook.com/Koleksi360 for previous posting & collection.

Lawati dan LIKE Facebook kami  http://www.facebook.com/Koleksi360 untuk lebih koleksi dan posting terdahulu.

 
 








6 Perkara ini yang wajib kita sibukkan diri



6 Perkara ini yang wajib kita sibukkan diri

ustazcambodia.com
 
 
1- Jika manusia sibuk memperbanyakkan amal, maka hendaklah kamu sibuk menyempurnakan sebaik-baik amal.
2- Jika manusia sibuk dengan perkara-perkara sunat, maka hendaklah kamu sibuk menyelesaikan perkara-perkara fardhu.
3- Jika manusia sibuk memperbaiki perkara-perkara zahir, maka hendaklah kamu sibuk memperbaiki perkara-perkara batin.
4- Jika manusia sibuk mencari kesalahan orang lain, maka hendaklah kamu sibuk mencari kesalahan diri sendiri.
5- Jika manusia sibuk mencari kesenangan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari kemakmuran Akhirat.
6- Jika manusia sibuk mencari keredhaan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari keredhaan Akhirat.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 849.

 

 

Visit & Like our Facebook page http://www.facebook.com/Koleksi360 for previous posting & collection.

Lawati dan LIKE Facebook kami  http://www.facebook.com/Koleksi360 untuk lebih koleksi dan posting terdahulu.