Kesan kafein terhadap wanita mengandung 26 Feb – Sifat kafein yang merangsang dan diuretik mengakibatkan kenaikan tekanan darah dan kadar pergerakan jantung serta kekerapan untuk kencing.
Atas daripada kesan sedemikian, wanita yang sedang hamil tidak digalakkan untuk mengambil jumlah kafein yang didapati dalam kopi, teh, minuman berkarbonat dan juga coklat dalam jumlah berlebihan.
Menurut beberapa kajian, jumlah kafein yang selamat diambil adalah sebanyak 200mg sehari yang bersamaan dengan dua gelas kopi, dua gelas teh, enam tin Coca Cola atau empat bar coklat 50 gram. Wanita yang mengambil lebih dari 300mg kafein mempunyai risiko yang lebih tinggi dalam melahirkan bayi yang berat badannya kurang 100-200g berbanding dengan wanita lain yang mengambil kafein dalam jumlah kecil atau tidak mengambil langsung.
Kesan sampingan yang diakibatkan oleh jumlah yang lebih daripada 200mg termasuklah keguguran, kelahiran bayi yang kurang berat badan serta masalah reproduksi yang lain. Demi mengelakkan masalah tersebut dari berlaku, adalah lebih baik sekiranya anda tidak mengambil sebarang kafein dalam tempoh 9 bulan tersebut.
Thursday, March 7, 2013
Kesan kafein terhadap wanita mengandung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment