Visit & Like
Assalamualaikum..
Saya ingin kongsikan beberapa tips kepada anda bagaimana mengendalikan situasi anak anda meragam di rumah terbuka..
Biasalah apabila menjelangnya musim perayaan sama ada Hari Raya atau Deepavali, tidak sempurna rasanya jika kita tidak menghadiri rumah terbuka yang banyak menghidangkan pelbagai makanan, kek, kuih, biskut yang menyelerakan ditambah lagi apabila kita akan meresa teruja jika kita dapat berjumpa dengan saudara mara serta sahabat andai yang lama. Sudah pasti banyak cerita yang akan diselongkarkan kelak..
Walaubagaimanapun terkadang kita sabagai ibu bapa ada waktunya juga kita sering dibayangkan dengan suara tangisan anak-anak kecil yang sudah pastinya membuatkan kita sendiri hilang mood untuk menghadiri masjlis sebegini…
Apa kata kali ini…
1. Anda jangan panik dan cepat marah. Sebaiknya anda haruslah membawa sikecil atau anak anda ini jauh daripada orang ramai. Contohnya membawa si kecil ke bilik yang sunyi dan tidak sesak dengan orang ramai. Ini berkemungkinan dia menangis kerana kepanasan dan tidak selesa dengan orang yang berada disekelilingnya. Dengan cara ini ia akan dapat membantu meredakan tangisan anak anda.
2. Bukan itu sahaja malahan si kecil menangis juga mungkin disebabkan kelaparan. Adalah wajar sekiranya, sebelum anda bersiap untuk keluar pergi ke rumah terbuka tersebut pastikan anak anda telah diberi makan terlebih dahulu. Jika perlu bawalah bekalan makanan kegemarannya sekali. Lazimnya hidangan yang disediakan di rumah terbuka tidak sesai dengan usia anak anda..
3. Disamping itu juga tidur yang mencukupi turut mempengaruhi tingkah laku anak anda sewaktu majlis tersebut berlangsung. Pada amnya jika pola tidur anak anak tidak tetap seperti biasa ini akan membuatkan dia sentiasa meragam. Adalah sebaiknya anda pergi ke rumah terbuka tersebut selepas anak anda bangun dari tidurnya. Dan waktu yang paling sesuai adalah waktu pagi, ini kerana cuaca pada ketika itu tidak panas serta ia juga akan memudahkan anda untuk bergerak ke sana sini.
4. Selain dari sudut persekitaran, pakaian juga boleh mempengaruhi mood anak anda. Elakkan memakaikan anak anda dengan pakaian yang tebal dan ketat. Ini kerana dalam suasana kemah yang memiliki kipas angin juga boleh mencetuskan keadaan persekitaran menjadi bahang. Sekali gus mewujudkan suasana yang tidak selesa kepada anak anda. Seeloknya pilihlah pakaian jenis kapas dan serap peluh. Ini akan membuatkan anak anda berasa selesa didalam majlis tersebut.
5. Sekiranya keadaan semakin sesak, anda mintalah kebenaran kepada Tuan rumah untuk masuk ke dalam rumahnya yang mungkin mempunyai penyaman udara atau kipas angin yang sudah tersedia pasang. Selamatkanlah diri anda dan anak-anak. Dalam keadaan sebegini anda sebagai ibu bapa juga haruslah mempunyai persediaan mental yang cukup untuk mengendalikan karenah anak kecil meragam..
6. INGATLAH janganlah terlalu lama berada di rumah terbuka. Selepas menjamu selera dan berjumpa sanak saudara atau sahabat andai, mintalah dulu untuk balik lebih awal sebelum anak anda meragam ini bagi mengelakkan perkara yang sama berulang kembali.
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment