============
Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah . betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!
Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.
Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?
Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi's yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t'shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?
Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami.
Sama-sama peringat.
Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.
Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW
Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW
Cop surat rasmi Rasulullah SAW.
Serban-serban yang pernah dipakai Baginda.
Beberapa helai rambut Rasulullah SAW
Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW
Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.
Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW.
Kunci Kaabah di zaman Rasulullah SAW
Bendera Rasulullah SAW
Pedang-pedang yang pernah digunakan Baginda.
Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir
Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7
Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan
Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah
Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW
Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW
No comments:
Post a Comment