Wednesday, November 28, 2012

*AMAZING PHOTOS*_*

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Msia tak mengiktiraf kerajaan sah HAMAS

 

 

Hantarkan Ya Allah, anjing-anjing ke atas mereka!

 
Ya Allah,
Sesungguhnya kami letakkan
Engkau dibatang leher musuh-musuh kami!
Dan Kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka...

Ya Allah,
hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
kacau bilaukan persatuan mereka!
Cerai-beraikan pakatan mereka!
Goncangkan pendirian mereka!

Hantarkan Ya Allah, anjing-anjing ke atas mereka!
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa!
Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa!
Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka!

Ya Allah! Wahai Tuhan yang menurunkan KITAB!
Wahai Tuhan yang mengerakkan awan!
Wahai Tuhan yang menewaskan Bala Tentera Ahzab..

Kalah Mereka,.......
Menangkanlah Kami.....
ke atas mereka....

Ya Allah............

 

Mampuih Israel kali neh, baca apa kata Turki...

shalehudin.blogspot.
 
Ringkasan Ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University sebentar tadi.

1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan!

2- Wahai pemuda Mesir, melalui
revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini!

3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman.

4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri.

5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita.

6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya.

7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita.

8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan.

9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yg bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan.

10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini.

11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan.

12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan.keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu.

13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental.

14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil.

15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama.

Sama-sama kita doakan agar pemimpin dunia Islam bersatu menyelesaikan Isu Palestine, Syria,
Rohingya dengan lebih konkrit dan bertindak seperti yang diperkatakan.

Ingatlah, umat Islam itu laksana 1 badan. Andai kaki berasa sakit, 1 badan akan mengerang kesakitan. Andai Muslim Gaza menderita kesakitan, keseluruhan Muslim di seluruh dunia wajib bangkit menyatakan sokongan. Berdoalah.. Berdoalah.. Berdoalah..

Terjemahan ucapan Erdogan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Fourth of July Fireworks all over America


































High Speed Photography

 
 


High Speed Photography